Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, memerlukan tempoh 44 minit sebelum mengetepikan cabaran Kenta Nishimoto dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Wuhan, hari ini.
Kemenangan itu memastikan juara bertahan berusia 35 tahun itu mara menerusi kemenangan straight set, 22-20, 21-12, dan seterusnya, bakal berdepan pemain Taiwan, Hsu Jen Hao, di peringkat suku akhir.
Bagaimanapun, langkah positif itu gagal dilanjutkan oleh beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, apabila tersungkur mudah 21-19, 21-16 kepada beregu muda yang berada di raking ke-14 dunia, Huang Kaixiang-Wang Yilu.
Pemain profesional negara, Chong Wei Feng, pula terkandas apabila kemaraannya dinafikan Angus Ng Ka Long, 21-18, 21-9.
Selepas dipaksa memerah keringat semalam, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei sekali lagi terpaksa berjuang lebih sejam sebelum menjinakkan beregu wanita China, Huang Yaqiong-Tang Jinhua, 16-21, 21-14, 21-16.
Mereka bakal membuat perhitungan dengan pilihan nombor satu kejohanan, Misaki Mastutomo-Ayaka Takahashi dari Jepun, esok.
Turut mara, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang mengetepikan Kenta Kazuno-Ayane Kurihara, 21-11, 21-8.
Keputusan lain:
Beregu lelaki
Ong Yew Sin-Teo Yi Ee kalah kepada Li Junhui-Liu Yuchen 13-21, 21-17, 21-15
Perseorang wanita
Soniaa Cheah kalah kepada Ratchanok Intanon 21-18, 21-7.