Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihatkan agar tiada tekanan berlebihan diletakkan ke atas beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, berikutan prestasi cemerlang kebelakangan ini.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, menegaskan bahawa sasaran untuk mereka menjadi pasangan nombor satu dunia tidak harus dikejar secara tergesa-gesa.
Menurutnya, Pearly-Thinaah kini berada di landasan yang tepat untuk pembangunan jangka panjang termasuk persiapan menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Sekiranya pemain mencapai keputusan yang tidak memuaskan, terus kita melenting dan memberi hukuman mati kepada pemain-pemain ini.
"Dalam masa sama, kalau pemain mencapai keputusan cemerlang -- kita boleh sambut tapi jangan terlalu ghairah.
"Yang penting mereka untuk mendapatkan pingat emas Sukan Olimpik.
"Kalau dapat menduduki ranking nombor satu, ia adalah sebahagian daripada proses," katanya.

Raket Power Untuk Anda
Pukulan padu dan mengancam dengan raket VICTOR.
Grab Sekarang