Skip to main content

Badminton

Tiga perkara tumpuan menjelang aksi negara dalam BAMTC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shevon-goh.jpg
Kontijen Malaysia bakal beraksi dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) yang akan bermula dari 11 hingga 16 Februari ini di Qingdao, China.

Malaysia memburu separuh akhir buat kali pertama


Skuad kebangsaan masih belum melangkah ke separuh akhir sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 2017, meskipun melayakkan diri ke suku akhir sebanyak tiga kali, sebelum ini. 

Pada edisi 2017, Malaysia tewas 3-0 kepada China, diikuti kekalahan dengan keputusan yang sama menentang Jepun dua tahun kemudian.

Dalam edisi terakhir pada 2023, Malaysia tewas 3-2 kepada China.

Soon Huat-Shevon suntik kualiti dan pengalaman di BAMTC

Pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menunjukkan konsistensi yang baik dan kini berada di ranking keempat dunia.

Mereka dipilih berdasarkan prestasi cemerlang setelah mara ke separuh akhir sebanyak dua kali dalam tiga kejohanan tahun ini.

Perlawanan menarik dijangka menentang Indonesia, di mana Soon Huat-Shevon Lai berkemungkinan berdepan dengan Dejan Ferdinansyah, Lisa Ayu, Rinov Rivaldy atau Siti Fadia Ramadhanti.

Dengan pengalaman yang dimiliki, Goh (34 tahun) dan Lai (31 tahun) diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia layak ke suku akhir.

Justin Hoh dan Jun Hao berdepan cabara sukar menentang Hong Kong

Dengan ketiadaan Lee Zii Jia dalam skuad dan Ng Tze Yeong yang belum cergas sepenuhnya, Leong Jun Hao dan Justin Hoh akan menggalas harapan negara dalam acara perseorang lelaki.

Mereka berpeluang mencuri mata menentang Indonesia, namun cabaran lebih getir menanti apabila bedepan Hong Kong yang menurunkan barisan terbaik mereka, Ng Dan Cheuk Yiu masing-masing berada di ranking ke-20 dan 21 dunia.

Sekiranya Malaysia ingin meraih kemenangan ke atas Hong Kong, Jun Hao atau Justin perlu tampil dengan aksi terbaik dan memastikan mata penting buat pasukan.

Advertisement

Must Watch Video