Skip to main content

Badminton

Tidak perlu capai tahap ekstrem -- Misbun

misbun.jpg
Pemain badminton negara berisiko terjebak dengan gejala tidak bermoral seandainya pertaruhan kompetitif bertukar menjadi ekstrem.

Menjadi lumrah dalam mana-mana sukan untuk atlet sentiasa bersaing antara satu sama lain sehingga kadangkala satu sesi latihan melibatkan rakan sepelatih dihangatkan dengan perebutan insentif yang tidak memudaratkan.

Atas dasar itu, pemain perlu bijak mengawal nafsu agar tidak terjebak dengan gejala tidak bermoral di luar gelanggang.

"Ia bermula dengan air seringgit, dua ringgit dan seterusnya. Untuk ini, ada kalanya ia bagus tetapi kadangkala terlalu ekstrem sehingga mengganggu apabila hutang sudah banyak.

"Apabila berhutang, ia ditagih. Perkara ini biasa tetapi tak adalah sehingga ekstrem. Tiada siapa yang mengajarnya," kata ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek.

Dalam masa sama, dia juga berpendapat jurulatih tidak boleh bersikap lepas tangan apabila pemain berada di luar gelanggang latihan sambil menegaskan itu pendekatan yang digunakannya dalam memastikan pemain kekal fokus kepada tanggungjawab sebagai atlet negara.

"Mereka harus tahu peluang yang telah diberikan. Kalau perkara di luar bidang, kadangkala saya mengambil langkah disebabkan saya melihat mereka dalam situasi yang lemah ketika latihan. Ada yang mata merah. 

"Saya cuba hubungi mereka di waktu malam untuk mengetahui sama ada pemain sudah tidur atau masih di luar. Saya kena ambil inisiatif sendiri kerana mereka tanggungjawab saya. Saya tidak mahu mereka membuang masa."
 

Advertisement

Must Watch Video