Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memberi amaran bahawa mana-mana pemain yang terlibat dengan perbuatan mengatur perlawanan tidak akan terlepas daripada hukuman memandangkan badan induk itu mempunyai cara tersendiri untuk menangani gejala berkenaan.
BWF enggan mendedahkan sebarang butiran mengenai pemain yang dipanggil untuk membantu siasatan membabitkan kes perjudian hingga disyaki mengatur perlawanan.
Jelas persatuan itu, mereka sedar gejala tidak bermoral berkenaan telah menular dalam sukan itu, namun mempunyai cara tersendiri untuk menanganinya.
"Ia perkara sama yang kami lakukan terhadap manipulasi perlawanan di mana kami menggunakan pendekatan berbeza dengan berjumpa ramai pemain dan jurulatih.
"Ia tidak bermakna mereka melakukan perkara itu tetapi hanya untuk mendengar apa yang telah terjadi dan sama ada terdapat perkara yang meragukan berlaku.
"Ia supaya atlet tahu bahawa kami sedang memerhatikan mereka jika ada sesuatu yang tidak sepatutnya," kata Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund, ketika ditemui dalam majlis undian Kejohanan Badminton Dunia di ibu negara, hari ini.
Difahamkan, dua pemain dipanggil badan induk itu untuk membantu siasatan isu berkenaan.
Namun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan tiada sebarang pemain di bawah naungannya terlibat.
Sebelum ini, sukan badminton negara dipalit sejarah hitam apabila dua pemain profesional, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang, masing-masing digantung 20 dan 15 tahun berserta denda kerana terlibat mengatur perlawanan.
"Itulah yang kami lakukan.
"Kami memandang serius isu ini.
"Kami di sini untuk memastikan setiap atlet bersih.
"Kerana itulah sentiasa ada atlet yang digantung dari semasa ke masa kerana tidak berada di haluan yang sepatutnya," tambahnya.