Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa bermandi peluh sebelum kembali bangkit untuk menoktahkan status selaku juara Terbuka Thailand 2025 di Stadium Nimibutr, sebentar tadi.
Mereka menewaskan pasangan dari Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, yang berada di ranking ke-75 dunia itu menerusi aksi rubber set, 22-20,21-17, 21-12, dalam tempoh 1 jam.
Set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata hingga masing-masing terikat 20-20, namun lawan yang lebih agresif menyerang memastikan Aaron-Wooi Yik tumbang 20-22 dalam set pertama.
Begitupun, wakil negara yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu kembali memperkemaskan corak serangan dan bertahan untuk mengheret lawan di ranking ke-75 dunia itu untuk membuat perhitungan ke set penentuan.
Boe-Kjaer terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki wakil negara selepas kerap kali melakukan kesilapan mudah dalam set penentuan apabila tewas 12-21 sekali gus memastikan wakil negara mengikut jejak langkah Pearly Tan-M.Thinaah bergelar juara.
Untuk rekod, kejuaraan berstatus Super 500 itu merupakan gelaran kedua buat Aaron-Wooi Yik tahun ini selepas dinobatkan juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Xiamen, China, April lalu.