BADMINTON
Terbuka Taiwan: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Lee Zii Jia memulakan langkah mempertahankan kejuaraan apabila mengetuai cabaran wakil negara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan, hari ini.
Perseorangan lelaki utama negara itu tidak berdepan halangan untuk menempah tiket ke pusingan kedua berdepan wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, esok selepas menyingkirkan peserta daripada peringkat kelayakan, Hsueh Hsuan-yi, 21-7, 21,17 dalam tempoh 29 minit di Arena Taipei itu.
Dalam masa sama, Soong Joo Ven terlepas peluang untuk berdepan rakan senegara daripada kem profesional, Liew Daren, apabila langkahnya dinafikan pemain Perancis, Thomas Rouxel, 23-21, 21-12.
Iklan
Daren mara selepas menundukkan Yu Igarashi 21-18, 21-18 manakala Cheam Jun Wei mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 21-19, 21-15 ke atas Ihsan Maulana Mustofa.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang tidak beraksi hari ini akan menyambung perjuangan dengan berdepan Do Tuan Duc-Pham Nhu Thao dari Vietnam manakala Hoo Pang Ron-Cheah Yeah See akan membuat perhitungan dengan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.
Keputusan lain:
Beregu wanita
Yap Rui Chen-Yap Yee kk Li Zi Qing-Teng Chun Hsun 19-21, 16-21
Beregu lelaki
Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Akbar Bintang Chayono-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-9, 18-21, 21-11
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kk Fajar Alfian-Muhammmad Rian Ardianto 20-22, 14-21
Chooi Kah Ming-Low Juan Shen mn Chen Xin Yuan-Lin Yu Chieh 21-16, 21-15
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Lin Shang Kai-Tseng Min Hao 21-13 21-12
Beregu wanita
Yap Rui Chen-Yap Yee kk Li Zi Qing-Teng Chun Hsun 19-21, 16-21
Must-Watch Video