Selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sepanjang tahun ini, pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, melangkah ke final buat kali kedua sejak Masters Thailand, Januari lalu, yang turut menyaksikan mereka bergelar juara.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu kembali mempamerkan aksi meyakinkan apabila mengesahkan tempat ke final Kejohanan Terbuka Taiwan hari ini.
Pasangan itu menundukkan gandingan berpengalaman Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad Petersen, 18-21, 21-11, 21-12 dalam aksi separuh akhir selama 56 minit.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang terkandas dalam separuh akhir.
Walaupun tampil sebagai pilihan utama kejohanan, mereka terpaksa akur apabila tewas kepada pilihan keempat dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 10-21, 17-21.