Perjalanan berliku beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, dalam Terbuka Taiwan berbaloi apabila memenangi gelaran kedua musim ini dengan menewaskan pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seung Jae, dalam pertarungan tiga set di pentas akhir yang berlangsung di Arena Taipei, hari ini.
Selepas berhempas-pulas menyingkirkan gandingan sensasi Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad Peterson, di peringkat separuh akhir, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 serta juara Masters Thailand, V- Shem-Wee Kiong, enggan menoleh ke belakang untuk merekod kejayaan dalam pertemuan pertama dengan wakil Korea Selatan itu.
Bagaimanapun, Solgyu-Seung Jae yang mengejutkan wakil tuan rumah serta pilihan kedua, Lee Yang-Wang Chi Lin, sebelum ini dilihat lebih ghairah memburu kejuaraan menerusi kemenangan dalam set kedua, selepas set pertama yang berlangsung sengit.
Walaupun bermula perlahan dalam set ketiga dengan ketinggalan 0-5, beregu lelaki nombor dua negara itu pantas mengejutkan lawan dan kembali memperkemas permainan serta menutup aksi dalam tempoh satu jam untuk menang 21-19, 15-21, 23-21.