Ketua jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman, tetap percaya dengan kebolehan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun jatuh tiga anak tangga dalam ranking dunia.
Aksi hambar yang dipamerkan dalam Kejohanan Dunia di Basel, Switzerland, minggu lalu, menyebabkan ranking mereka tergelincir ke tangga ke-13 dunia.
Justeru, Aaron-Wooi Yik bakal mengharungi laluan lebih sukar dalam undian kejohanan dalam misi mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik 2020.
Namun, Paulus yakin pemain yang dikendalikannya itu mampu bangkit dalam masa terdekat dan mempamerkan potensi sebenar mereka.
"Untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik pun bukannya senang.
"Kualiti mereka dalam kelompok 16 terbaik ibarat Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon (beregu Indonesia) manakala senario ketika ini menyaksikan pemain veteran seperti Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan mempunyai permainan yang stabil.
"Tetapi dengan pesaing lain, (keupayaan) mereka tidak banyak berbeza," katanya menjelang Terbuka Taiwan, Selasa depan.