Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei lolos ke separuh akhir

chen-tang-jie-toh-ee-wei.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Singapura.

Saingan suku akhir beregu campuran pula menyaksikan wakil negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke separuh akhir setelah menundukkan Reginald Lee-Ng Tsz Yau dari Hong Kong.

Kelebihan dimiliki beregu negara yang berada di ranking ke-21 dunia berbanding lawan di ranking ke-44, nyata terserlah apabila mereka dengan mudah mencatat kemenangan set pertama 21-14 dalam tempoh hanya 13 minit.

Bagaimanapun, gandingan Hong Kong itu bangkit semula dengan garang untuk mendahului 7-1 sebaik sahaja set kedua bermula. 

Tang Jie-Ee Wei cuba mengejar namun terpaksa akur dengan keputusan 16-21, sekaligus memaksa pertemuan kali pertama kedua-dua beregu itu berterusan ke set penentuan.

Saingan sengit di set ketiga menyaksikan pasangan negara itu terpaksa bekerja keras sebelum kesilapan yang dilakukan lawan di hujung permainan menoktahkan pertarungan selama 58 minit ini, dengan kemenangan 21-18 memihak Tang Jie-Ee Wei. 

Advertisement

Must Watch Video