Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Yin Fun tersingkir

5417yinfun.jpg
Hasrat perseorangan badminton wanita negara, Lim Yin Fun, untuk mara lebih jauh dalam penampilan pertama kejohanan bertaraf Siri Super Premier tidak kesampaian apabila tewas 16-21, 21-16, 21-16 kepada pemain Taiwan, Pai Yu Po, dalam Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak, hari ini.

Kedua-dua pemain ini pernah bertemu tiga tahun lalu dalam Terbuka Vietnam, dan perlawanan memihak kepada Yu Po.

Pada set pertama, Yin Fun mempamer aksi meyakinkan untuk mengatasi lawan 21-16.

Bagaimanapun, pada set kedua, Yu Po mula membaca gerakan Yin Fun untuk memenangi set kedua 21-16.

Biarpun diiringi sokongan padu penonton di Stadium Perpaduan Petra Jaya, ia masih belum mampu untuk membantu Yin Fun, yang menyaksikan dia tewas set ketiga 21-16, sekali gus tersingkir daripada kejohanan. 

Tersingkirnya Yin Fun bermakna cabaran negara hanya tinggal seorang lagi wakil dalam acara perseorangan wanita, iaitu Goh Jin Wei.

"Keyakinan lawan bertambah dan mendapat mata selepas dia menyerang. Pertahanan saya menjadi bocor dan sedikit hilang keyakinan dan fokus," kata Yin Fun.

Advertisement

Must Watch Video