Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei, gagal mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas ditunjukkan jalan keluar dengan kekalahan 13-21, 21-17, 26-28, kepada pasangan China, Bao Yixin dan Yu Xiaohan, di Kuching, Sarawak, hari ini.
Masih dibelenggu prestasi kurang konsisten, Vivian dan Khe Wei tampak bergelut untuk menewaskan lawan yang berada di ranking ke-32 dunia, berbanding mereka di tangga ke-11.
Biarpun menang set pertama 13-21, pada set kedua pula, Yixin dan Xiaohan mempamer kebangkitan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dengan keputusan 21-17.
Aksi penuh mendebarkan ditampilkan kedua-dua pasangan pada set ketiga, malangnya gandingan China itu lebih unggul untuk menyingkirkan Vivian dan Khe Wei dengan kemenangan 28-26.
"Kami mendahului pada awal set ketiga tetapi kami tidak berjaya memenanginya," kata Vivian. "Secara keseluruhan, kami melakukan dengan baik dan saya rasa lawan bermain lebih baik daripada kami."
"Mungkin ketika mata penting, kami bermain terlalu laju dan tidak meniru gaya permainan pada perlawanan sebelum ini," kata Khe Wei.
Turut menerima nasib malang adalah perseorangan wanita negara, Sonia Cheah Su Ya, yang tewas 11-21, 20-22.
Bertemu lawan dari China, Sun Yu, Sonia dipaksa bergerak ke setiap inci gelanggang dan akhirnya akur dengan kekalahan 11-21 pada set pertama.
Dan pada set kedua, Sonia yang mempunyai kelebihan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tidak memanfaatkan peluang apabila Sun Yu lebih tenang untuk mencatatkan kemenangan 22-20.
"Saya rasa pada saat-saat penting, lawan mengendalikan perlawanan dengan baik berbanding saya. Saya tidak sabar untuk meraih mata dan melakukan kesilapan," katanya.