Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Khairy kecewa dengan pemain muda negara

khairy-jamaluddin.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kecewa dengan prestasi pemain muda negara dalam Terbuka Malaysia kerana ia bayangan negatif untuk Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos ini.

Apatah lagi, Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi dalam temasya dwitahunan itu apabila menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland.

Maka, ia tugas berat untuk skuad badminton negara mencabar tujuh pingat emas yang ditawarkan di Axiata Arena Bukit Jalil.

"Sudah pasti kita sedikit kecewa dengan prestasi pemain kita, lebih-lebih lagi ini adalah kejohanan kita sendiri.

"Saya melihat pemain perlu lebih konsisten. Sebagai contoh (Tan) Wee Kiong dan (Goh) V Shem yang walaupun memegang ranking No.1 dunia tetapi tewas di peringkat awal," katanya.

Prestasi pemain muda negara dianggap mengecewakan apabila sekadar mara ke pusingan kedua -- hanya membabitkan perseorangan wanita, Goh Jin Wei dan tiga beregu.

Chong Wei memiliki 12 kejuaraan Terbuka Malaysia dan sejak menjuarainya pada 2004, dia hanya terlepas tiga kali gelaran kejohanan itu.

Walaupun jaguh itu gagal buat kali pertama pada 2007, Malaysia masih mempunyai wakil, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, yang muncul juara beregu lelaki.

Kekecewaan Chong Wei pada 2015 berulang kembali tahun ini dengan kekalahan kepada Lin Dan di pentas akhir, ketika pemain lain tewas kepada lawan bukan pilihan.  

Pencapaian pemain negara dalam Terbuka Malaysia

Akhir: 
• Lee Chong Wei

Pusingan kedua :
• Goh Jin Wei
• Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
• Chooi Kah Ming-Low Juan Shen
• Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean

Pusingan pertama:
• Soniia Cheah
• Lim Yin Fun
• Hoo Pang Ron-Peck Yen Wei

Pusingan kelayakan:
• Soo Teck Zhi
• Tan Chun Seang
• Cheam June Wei
• Chong Yee Han 

Advertisement

Must Watch Video