Pemain perseorangan Denmark, Viktor Axelsen, membuktikan reputasinya sebagai pemain yang perlu diberi perhatian selepas menyingkirkan wakil negara, Liew Daren, dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak, hari ini.
Hadir dengan reputasi juara Terbuka India yang dimenanginya minggu lalu, Axelsen jelas serius di dalam gelangang dengan misi meraih gelaran keduanya untuk tahun ini.
Bertemu pemain profesional negara, Daren, Axelsen mempamer watak sang juara dengan mudah meratah wakil negara itu dengan straight set, 21-12, 21-13.
"Saya melalui minggu yang baik minggu lalu. Saya perlu bersedia untuk bertemu Daren yang bermain baik semalam.
"Saya lakukan persiapan dengan baik dan mujur saya dapat lakukan (hari ini)," kata Axelsen.
Bagi Daren, sebelum pertemuan itu berlangsung, dia sedar terdapat jurang yang luas di antara dirinya dan jagoan dari Denmark itu.
Tambahnya lagi, faktor kepenatan daripada aksi pusingan kelayakan semalam menjadi punca dia gagal untuk memberi tentangan sengit kepada Axelsen.
"Hari ini kurang laju kerana permainan semalam memematkan. Jadi, permainan menjadi lambat ketika menentang dia (Axelsen)," kata Daren.