Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menepati ramalan mara ke pusingan kedua apabila mengetepikan lawan dari England, Rajiv Ouseph, dalam Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak, hari ini.
Selepas menjuarai Seluruh England Mac lalu, Chong Wei berazam untuk meneruskan momentum itu dalam Terbuka Malaysia.
Chong Wei, yang juga juara 11 kali Terbuka Malaysia dan juga penyandang juara edisi lalu mempunyai rekod cemerlang menentang Ouseph sebelum ini.
Dan ia diteruskan apabila jaguh itu mendominasi perlawanan dan mencatatkan kemenangan, 21-16, 21-18.
"Perlawanan kedua boleh tengok lawan medahului jauh tetapi saya dapat kejar balik. Saya dapat sesuaikan diri dengan baik tetapi yang paling penting saya menang," kata Chong wei.
Sementara itu, kejutan terbesar pada pusingan pertama Terbuka Malaysia kali ini adalah tumpasnya sandaran negara dalam acara beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.
Pasangan Hong Kong, Or Chin Chung dan Tan Chung Mang, mencipta kejutan dengan menyingkirkan V Shem dan Wee Kiong, 21-17, 23-21.
"Saya rasa mungkin kemahuan (kami) tinggi sangat sebab bermain di laman sendiri tetapi ia terbalik," kata Wee Kiong.