Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin langkah kanan di Shibuya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fei.jpg
Beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, tidak berdepan masalah menewaskan wakil Kanada, Kevin Lee-Alexander Lindeman, untuk mara ke pusingan kedua, Terbuka Jepun di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.

Mereka menewaskan lawan dalam aksi straight ser, 21-13, 21-14, dalam tempoh 23 minit permainan secara keseluruhan dalam perlawanan yang berstatus super 750 itu.



 

Wakil negara di ranking pertama dunia itu akan berdepan berdepan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita atau Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan esok.

Dalam pada itu, satu lagi gandingan negara, Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, turut mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan wakil dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov 13-21 21-17 21-19, dalam tempoh hamper satu jam perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video