Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menjejak kaki ke final Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dalam misi mempertahankan kejuaraan tahun lalu.
Mereka menumbangkan Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan -- yang semalam menyingkirkan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong -- secara straight set di Tokyo Metropolitan Gymnasium, sebentar tadi.
Sungguhpun bermula agak perlahan yang menyaksikan mereka ketinggalan 7-11, senario itu berjaya diubah ketika mereka mengutip empat mata berturut-turut untuk kedudukan 15-15 menerusi pertahanan yang memukau.
Mereka akhirnya menjamin kemenangan set pertama 21-19 dalam tempoh 32 minit setelah sekali lagi dikerah untuk mengejar kedudukan.
Rentak itu berterusan dan biarpun ketinggalan 0-3, mereka kemudiannya memecut untuk pendahuluan selesa sepanjang set kedua sebelum menutupnya dengan keputusan 21-11.
Mereka bakal menggalas satu lagi misi membalas dendam dalam perlawanan akhir esok apabila bertemu gandingan Korea Selatan, Kim Won-ho/Seo Seung-jae, yang terdahulu menyingkirkan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.