Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, membuktikan mereka memiliki keupayaan tersendiri apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dengan menumbangkan gandingan China, Huang Di-Liu Yang, di Tokyo Metropolitan Gymnasium sebentar tadi.
Turun selaku pilihan keenam, wakil negara itu berhasil menyekat kebangkitan lawan untuk memenangi set pertama 21-19.
Bagaimanapun, mereka kehilangan momentum itu dalam set kedua untuk akur tewas 14-21, sekali gus terpaksa beraksi dalam set penentuan.
Aksi dalam set penentuan benar-benar menguji ketahanan mereka dan biarpun lawan pada satu ketika sudah menghampiri kemenangan di kedudukan 20-18, Man-Tee berhasil mendapatkan empat mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 22-20 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan enam minit.
Menanti mereka bagi penentuan ke separuh akhir esok ialah beregu pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.