Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketepikan Shohibul Fikri-Bagas Maulana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, langkah kanan berdepan wakil tuan rumah, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

Bertemu dalam pusingan 16 Terbuka Singapura minggu lalu, Aaron-Wooi Yik dilihat masih segar dengan permainan seteru mereka dan kekal mengawal gelanggang walaupun ada cabaran yang diberikan sejak set pertama bermula.

Malah, sebaik menerima mata ke-10, Aaron-Wooi Yik memungut rentetan enam lagi mata bagi menjarakkan kedudukan dengan lawan.




Cabaran yang hadir selepas itu pula diatasi untuk jaguh dunia itu menang set pertama 21-16.

Pilihan kedua lebih ampuh apabila ini terus mendominasi permainan dengan membiarkan Shohibul-Bagas bekerja keras mengejar di hadapan penyokong mereka.

Sebelum kemenangan dinoktahkan 21-12 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas 33 minit pertarungan.
 

Advertisement

Must Watch Video