Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Kejayaan di Finland suntik semangat baru Zii Jia

lzj.jpg
Kejuaraan di Terbuka Artic di Finland minggu lalu seakan memberi suntikan semangat buat perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Terbuka Denmark yang sedang berlangsung di Odense.

Gelaran itu juga merupakan titik noktah kemarau 512 hari tanpa kejuaraan buat pemain yang kini menghuni ranking ke-11 dunia itu.

Berkongsi bersama Nadi Arena menerusi peranti Gobe Robots, yang menjadi sebahagian daripada inovasi penganjuran tuan rumah Badminton Denmark.

Zii Jia mengalami penyingkiran awal sebanyak 19 kali dalam tempoh 17 bulan.

Atas dasar itu, Zii Jia menegaskan kejuaraan pertama sejak sekian lama menjadi pembakar semangat untuk dia berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Zii Jia memulakan kempen Terbuka Denmark dengan langkah kanan selepas menidakkan lawan dari Belgium, Julien Carraggi 19-21, 21-15, 21-10.

Di pusingan kedua bakal menyaksikan dia mencongak perhitungan dengan pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen yang dilaporkan 50/50 turun ke gelanggang selepas akur mengalami kecederaan kaki kiri.

Advertisement

Must Watch Video