Pasangan profesional negara, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke pusingan kedua saingan Terbuka China yang berlangsung sebentar tadi.
Rekod pertemuan antara kedua-dua regu menyaksikan memilik wakil negara dengan satu kemenangan daripada satu perlawanan, kali terakhir mereka bertemu pada Julai 2023 dalam saingan Terbuka Amerika Syarikat.
Bertemu wakil tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi, pasangan negara mempamerkan permulaan yang memberangsangkan.
Bagaimananpun, Bo yang-Liu Yi, bijak mencari ruang untuk mengutip mata demi sehingga berjaya mendahului 19-16 sebelum menoktahkan kemenangan 21-17.
Bersambung dalam set kedua, Sze Fei-Izzuddin memperkemaskan permainan mereka, kali ini berjaya memastikan perlawanan diheret ke set penentuan menerusi kemenangan 21-12.
Aksi sengit dalam set penentuan, kedua-dua beregu berusaha untuk memastikan kemenangan sebelum ia memihak wakil negara yang juga pilihan ketujuh kejohanan itu 21-19.
Ammar Hakim
Tue Sep 17 2024