Skip to main content

Badminton

Tang Jie-Ee Wei enggan terus dibuai dengan status juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ee-wei-tang-jie.jpg
Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menegaskan mereka enggan terus dibuai dengan kejayaan muncul juara dunia sebaliknya tekad untuk mengekalkan konsistensi dalam setiap kejohanan yang akan disertai pada masa akan datang.

Gandingan yang menghuni ranking ketiga dunia itu mengakui hanya dengan disiplin serta usaha yang berterusan akan meletakkan mereka sebagai antara kuasa besar dalam sektor beregu campuran dunia.

Ujar Ee Wei, meskipun sedang dalam fasa menikmati kejayaan yang dilakar di Paris Ahad lalu, dia dan Tang Jie tetap menjalani sesi latihan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan barisan kejurulatihan skuad negara.

Bagi Tang Jie, tiada apa yang berubah kerana selain faktor disiplin, sikap merendah diri juga penting dalam perkembangan dan kemajuan karier mereka.

Mereka ditemui ketika majlis penghargaan anjuran syarikat pengeluar makanan dan minuman terkemuka yang diadakan di Subang Jaya, Selangor hari ini.
 

Advertisement

Must Watch Video