Skip to main content

Badminton

Sukan Olimpik atau Sukan SEA?

choonghann.jpg
"Antara layak ke Olimpik ataupun tumpuan kepada Sukan SEA", ini merupakan dilema sebahagian besar pemain badminton negara yang terpaksa menempuhi jadual padat untuk tempoh dua bulan seterusnya sebelum bersiap menghadapi cabaran di Manila bermula 30 November ini.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, mengakui jadual padat itu bakal mendedahkan barisan pemain sedia ada dengan kecederaan namun menegaskan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

BAM sudah pun mengeluarkan penyertaan beberapa pemain daripada menyertai Terbuka Taiwan minggu lalu, selepas melihat isu kepenatan mula melanda barisan pemain negara sejurus tamat kempen Kejohanan Dunia di Basel, Switzerland bulan lalu.

Enam kejohanan dalam tempoh dua bulan sebelum mengharungi Sukan SEA bakal mencabar kekuatan mental dan fizikal dengan mereka akan mula berentap dalam Terbuka China 17 September ini.

"Ia bukanlah situasi terbaik buat pemain negara namun ia perlu diharungi kerana jadual telah dikeluarkan dan tiada ruang untuk mengelak dua tugasan utama ini," kata Choong Hann.

Bagaimanapun, ketua jurulatih beregu campuran, Chin Ee Hui, melahirkan pandangan berbeza dengan sanggup mengambil risiko untuk mengeluarkan pemainnya untuk baki kejohanan tahun itu sekiranya pemainnya mengadu mengalami kecederaan.

Apatah lagi untuk Sukan SEA Filipina yang akan berlangsung penghujung tahun ini, sukan badminton dipertanggungjawabkan untuk membutirkan dua emas.

"Kami akan menilai setiap kecederaan yang dialami oleh pemain negara. Kami mungkin terpaksa mengetepikan mereka yang perlu berehat panjang dan bergantung kepada pemain yang cergas sepenuhnya," kata Ee Hui.

Advertisement

Must Watch Video