BADMINTON
Siaran Langsung Final Terbuka Korea: Saksikan dua wakil negara buru gelaran
Hari terakhir saingan Terbuka Korea 2024 bakal menyaksikan regu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bertemu wakil China, Guo Xin Wa-Li Qian.
Tang Jie-Ee Wei melangkah ke final susulan melakar kejutan mengatasi regu China, Cheng Xing-Zhang Chi. Manakala satu lagi finalis menyingirkan wakil tuan rumah, Kim Won-ho-Jeong Na-eun, yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024.
Ini merupakan final ketiga Tang Jie-Ee Wei selepas Masters Thailand 2024 dan Terbuka Switzerland 2024.
Iklan
Tang Jie-Ee Wei turut diiringi beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah juga akan beraksi di pentas sama untuk acara regu wanita.
Pearly-Thinaah mempamerkan aksi cemerlang di Stadium Tertutup Mokpo apabila menamatkan cabaran tuan rumah, Baek Ha-na-Lee So-hee di peringkat separuh akhir. Mereka akan bertemu satu lagi wakil Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong di peringkat akhir.
Info Siaran Langsung Tang Jie-Ee Wei vs Guo Xin Wa-Li Qian
Tarikh: 1 September 2024 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Venue: Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan
Siaran Langsung: Astro Supersport (814), Astro Go dan Sooka.
Must-Watch Video