Ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Datuk Tey Seu Bock, runsing memikirkan siapa pengganti yang mampu menggantikan tempat Goh Jin Wei memandangkan terdapat jurang yang ketara antara pemain.
Perseorangan wanita sebelum ini banyak bersandarkan kepada Jin Wei dan Soniia Cheah untuk bersaing dalam saingan elit dunia.
Namun, pemain berusia 19 tahun itu menghadapi masalah penghadaman yang menyebabkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa melupakan khidmatnya untuk tempoh yang tidak ditetapkan, sekali gus menuntut Seu Bock nenbentuk seorang lagi pemain yang mampu menggalas cabaran negara dalam kejohanan penting.
Seu Bock mendedahkan baki empat lagi pemain yang berada di bawah jagaannya sukar untuk menyesuaikan diri dengan rejim latihan berat seperti yang diterapkan kepada Soniia dan Jin Wei.
"Saya tidak nafikan bahawa pemain yang bawah berada lebih jauh. Mereka masih belum sampai ke tahap Soniia dan Jin Wei. Apabila saya menambah sesi latihan, isu kecederaan akan timbul," katanya.
Kebimbangan pengendali itu ternyata berasas.
Jurang permainan juga tampak jauh tatkala Soniia dan Jin Wei kini menduduki tangga ke-28 dan 32 dunia sambil pemain yang paling dekat menghampiri mereka adalah pemain muda, Eoon Qi Xuan, yang berada di kedudukan ke-165 dunia.
"Tiada pemain yang boleh naik buat masa sekarang. Sekarang, pihak Sekolah Sukan Bukit Jalil hanya perlu menjaga pemain dengan baik, kemudian hantar ke saya untuk ditingkatkan," tambah Seu Bock.