Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menuntut rakyat Malaysia untuk menyebarkan rasa kasih sayang dan bukannya membunuh keunikan kehidupan berbilang kaum di negara ini dengan isu-isu remeh.
Beliau, yang kini berusia 36 tahun , meminta seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kembali kepada sejarah ketika skuad badminton negara yang diketuai Datuk Razif Sidek, memenangi Piala Thomas pada 1992.
Pasukan itu membawa seluruh negara bersama dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir di Stadium Negara sementara juga di setiap kopitiam, kedai mamak dan rumah di seluruh pelosok Malaysia meraikan kemenangan istimewa itu.
“Ketika Malaysia menang Piala Thomas pada 1992, pengurus pasukan, Punch Gunalan; ketua pasukan, Razif, Rashid (Sidek) pemain paling hebat; Kok Keong (Foo Kok Keong), seorang pejuang dan Beng Kiang (Soo Beng Kiang) memberikan pukulan smash kemenangan.
“Ia contoh Malaysia yang terbaik, berbilang bangsa. Jangan bunuhnya,” katanya dalam entri terkini di Facebooknya sempena Hari Kebangsaan 2019, esok.
Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang membuat keputusan menggantung raketnya pada 12 Jun lalu, menyatakan beliau jarang meluangkan masa di media sosial seperti masa dahulu kerana berasa tidak senang dengan kandungan yang sering tersiar pada masa ini.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya membiarkan isu-isu remeh atau mana-mana kumpulan kecil menyebarkan kebencian kaum merosakkan negara.
“Kita orang Malaysia lepak sekali, mamak sekali, menjaga antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Kita bersorak untuk Malaysia. Adakah kita akan berhenti lakukannya hanya kerana satu suara tak dikenali?
“Rakyat Malaysia adalah lebih besar daripada itu. Tunjukkan kita jauh lebih teguh daripada semua (perkara) yang merepek ini. Sebarkan kasih sayang dan bukannya kebencian!,” katanya.
Beliau juga melihat dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2006 ketika menghadapi Lin Dan dan ketinggalan 13-20 di mana beliau hampir putus asa.
Chong Wei mengakui pada masa itu beliau penat dan kecewa, namun apabila melihat kepada penyokong, beliau melihat seluruh Malaysia sedang mendoakannya untuk menang dan itu memberikan beliau semangat untuk terus melawan.
“Saya pandang kepada penyokong. Sokongan padu mereka tidak berkurangan. Kemudian saya nampak seorang kanak-kanak perempuan Melayu, mungkin lapan tahun, mengangkat kedua-dua tangannya sambil menutup matanya.
"Dia sedang berdoa untuk saya. Di bahagian lain stadium, saya nampak seorang wanita India menangis. Saya tak pasti beliau menangis kerana saya atau tidak, tetapi saya rasakan ya.
“Kemudian di sudut lain, anak rakan saya, seorang kanak-kanak Cina berusia 10 tahun, menjerit nama saya dengan kuat hinggakan pengadil meminta agar beliau mengurangkan jeritannya.
“Saya tahu saya tidak boleh putus asa. Seluruh Malaysia doakan saya untuk menang. Malaysia yang terdiri daripada kawan, 'Ah Ne dan Heng Dai'. Malaysia berbilang kaum. Saya makan roti canai untuk sarapan, nasi lemak untuk tengah hari dan 'char kuey teow' untuk makan malam,” tambahnya.
Chong Wei kemudian melakukan satu keajaiban dan mengejutkan pemain nombor satu dunia itu untuk memenangi gelaran perseorangan lelaki Terbuka Malaysia buat kali ketiga di Stadium Perpaduan di Kuching.
Walaupun di kedudukan hampir tewas dengan mata 13-20 dalam set ketiga, beliau yang pada ketika itu berusia 24 tahun, mengejar semula untuk menang 21-18, 18-21, 23-21 dalam masa 70 minit yang penuh mendebarkan.
“Saya mahu anak dan cucu saya ada rakan Melayu dan India. Saya mahu mereka berasa selamat di Malaysia. Saya mahu mereka berjuang demi negara sebagaimana yang telah saya lakukan untuk anda semua untuk dekad yang lepas.
“Selamat hari jadi, tanah tumpahnya darahku. Kesetiaaan kepada raja dan negara,” tambahnya.
-- BERNAMA