Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berkongsi betapa dia mengalami kemurungan sepanjang lima bulan tanpa kejohanan.
Pemain kelahiran Alor Setar berusia 27 tahun itu tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan berikutan kecederaan berulang yang dialaminya di pergelangan kaki kanannya sewaktu Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.
Dia juga mencetuskan kegusaran mengenai beberapa kiriman gambar lukisannya dalam Instagram awal bulan lalu.
Menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Paris bermula esok, Zii Jia, dalam satu wawancara bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF), berkongsi mengenai keadaan kesihatan mentalnya sepanjang tempoh itu.
"Dalam tempoh lima bulan itu... saya bukan sahaja berhadapan dengan kecederaan, saya berhadapan dengan tekanan, dan sudah tentu, saya mengalami sedikit kemurungan.
"Sepanjang lima bulan itu, saya bukan lagi hanya mengenai badminton. Saya juga mengembara untuk memastikan fikiran saya segar.
"Saya menjadi agak taksub dengan seni. Saya mula membuat penyelidikan mengenai beberapa kesenian. Saya mendapati bahawa melihat sisi yang baik, kadang-kala tidak dapat meluahkan perasaan yang baik, sebab itu saya kongsikan gambar berkenaan.
"Semasa kemurungan, saya berada di titik tengah cuba mencari sesuatu untuk mengalih perhatian diri saya. Saya pergi mencuba banyak perkara baru, seperti membaca buku. Saya juga mencuba terjun udara di Dubai dan kemudian saya pergi ke muzium seni di Abu Dhabi.
"Ia adalah pengembaraan solo, perjalanan penyembuhan untuk diri saya sendiri. Saya belajar sesuatu yang baru.
"Bukan hanya mengenai badminton, yang paling penting saya lebih mengenali diri saya sekarang, cara menangani perasaan saya sendiri, reaksi saya sendiri.
"Saya rasa bertuah kerana saya telah melalui semua ini, saya masih boleh bersaing dalam kejohanan ini.
"Bagi saya, yang paling penting sekarang ialah saya mahu diri saya menikmati permainan saya dan sudah tentu, bebas daripada kecederaan, itu perkara yang paling penting," katanya.