Skip to main content

Badminton

RTG: Rugi atau tidak berada di luar program terpulang kepada diri sendiri.

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zeejia.jpg
Majlis Sukan Negara (MSN) berkata isu samada seseorang atlit itu rugi atau tidak berada di luar program RTG adalah terpulang kepada diri sendiri.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata pada ketika pihaknya menghormati keputusan yang diambil Lee Zii Jia, bantuan masih diteruskan dibawah program podium.

"Saya tidak boleh nyatakan bagi pihak dia (Lee Zii Jia)," kata Abdul Rashid. "Samada rugi atau tidak rugi  terpulang kepada diri sendiri," katanya lagi yang ditemui selepas Majlis Penutupan Pembabitan Wanita dalam Sukan di Subang pada Khamis.



Menurut Rashid terpulang kepada atlit terbabit untuk buat pilihan samada untuk masuk dalam RTG atau tidak.

"RTG merupakan satu tambahan 'top-up' kepada program podium," kata Rashid. "Bagi atlit yang tidak memilih kita masih beri sokongan dari segi bantuan dan kemudahan yang diberikan dalam program podium. Itu tidak ada masalah

"Sekiranya mereka memilih untuk tidak tandatangani dalam RTG, itu pilihan mereka sendiri dan kita hormati pilihan itu dan mereka boleh teruskan latihan seperti biasa seperti mana dalam program podium.

 

Advertisement

Must Watch Video