Skip to main content

Badminton

RM1 juta setahun adil buat Pearly-Thinaah, BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

per.jpg
Olimpian badminton negara, Woon Khe Wei, menegaskan amaun RM1 juta setiap tahun memadai bersandarkan pencapaian beregu Utama wanita negara, Pearly Tan-M.-Thinaah yang merupakan yang terbaik pernah dilahirkan negara.

Dengan imbuhan tambahan yang bakal diterima seandainya pasangan negara itu mampu melangkah lebih jauh di Terbuka Jepun, China dan Kejohanan Dunia, maka ia dilihat sebagai situasi menang-memang buat kedua-dua pihak.

Ketika ini negara mengharapkan kepada Pearly-Thinaah terutama dalam pemburuan pingat di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028, kerana ketika ini jurang beregu wanita negara lain sangat jauh jika dibandingkan dengan pasangan ranking ketiga dunia itu.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terlalu memberi muka kepada pasangan ini, Khe Wei menyifatkan gandingan itu berhak membuat permintaan berdasarkan prestasi mereka.

Dia turut mengagumi persembahan wakil negara itu yang cukup segala rencah dari aspek pertahanan dan serangan yang ampuh mewajarkan mereka diangkat sebagai beregu wanita terbaik pernah dilahirkan negara. 

"Saya rasa ia Langkah yang baik kerana BAM tempat terbaik untuk berlatih, jadi saya rasa kedua-dua pihak ada kebaikan kerana Pearly-Thinaah perlu bersama BAM untuk dapat keputusan yang baik selain aspek penajaan.

"Saya minat mereka kerana corak permainan mereka yang menyerang dan bertahan, Ketika zaman saya hanya corak bertahan. Mereka beraksi dengan semangat dan harap mereka dapat raih nombor satu dunia." katanya.

Advertisement

Must Watch Video