Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan bahawa setiap ketua jurulatih akan diberikan kuasa penuh untuk melaksanakan hala tuju Projek 24 ketika terbit tanda-tanda konflik dalam barisan kejurulatihan skuad perseorangan lelaki negara.
Projek 24, yang akan diberikan lampu hijau oleh BAM, merupakan usaha penstrukturan semula skuad kebangsaan.
Di bawah program itu, Datuk Misbun Sidek akan menyelia skuad perseorangan dan beregu lelaki.
Bagaimanapun, terdapat kebimbangan menjelang perlaksanaan projek itu apabila pembahagian tugas yang tentukan oleh BAM seakan-akan membina jurang dalam skuad kebangsaan.
Sebelum ini, Nadi Arena melaporkan tugasan untuk mengetuai cabaran perseorangan lelaki dalam Sukan SEA Filipina, November depan, akan diserahkan sepenuhnya kepada Hendrawan dan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.
"Kami sememangnya memberikan autonomi penuh (kepada jurulatih), cuma apabila kami nampak ada jurang atau isu, kami sebagai pihak pengurusan akan melihat setiap perkara.
"Apa yang kami bentangkan dan apa yang kami risaukan juga menerusi perkongsian mereka.
"Setakat ini, keadaan semuanya baik dan tiada banyak konflik," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Beberapa cadangan dalam Projek 24, yang menjanjikan pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024, sedang diteliti sebelum diluluskan.
Bagaimanapun, elemen menggugurkan pemain dan jurulatih yang tidak menepati piawaian projek itu pada hujung tahun ini akan tetap diteruskan sekalipun mereka berpotensi untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Kami mahu membina pasukan muda dengan budaya prestasi tinggi yang baru.
"Kami juga akan menentukan prestasi pemain berdasarkan ranking.
"Ia juga termasuk personaliti dan perwatakan untuk mereka membuktikan bahawa mereka layak (mewakili negara) dalam Sukan Olimpik 2024," tambahnya.