Jurulatih perlu mengetepikan ego dan faham peranan masing-masing jika mahu menjayakan Projek 24 Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ia susulan perkhabaran kurang enak membabitkan kem kejurulatihan perseorangan lelaki negara.
Bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj, berasakan ada individu, termasuk Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, yang keliru dengan tanggungjawab sendiri.
Choong Hann, pada pandangan James, terlalu dekat dengan aspek teknikal kem kebangsaan sedangkan tugas utamanya adalah sebagai perancang utama program pemain.
"Dia pengarah kejurulatihan. Tugasnya dalah untuk merancang. Lihat kepada program sama ada ia cukup bagus atau tidak.
"Selepas itu anda boleh melihat perkembangannya.
"Ada sesetengah kejohanan yang anda patut pergi dan ada sesetangah yang tidak perlu.
"Itulah tugas pengarah kejurulatihan," katanya.
James, dalam pada itu, menegaskan Setiausaha Agung BAM, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, Datuk Kenny Goh, tidak boleh lepas tangan dalam menangani masalah barisan kejurulatihan.
"Saya fikir individu yang boleh memainkan peranan itu adalah Datuk Kenny Goh.
"Dia perlu menghuraikan apa yang sedang berlaku, tiada konflik dan kepentingan individu.
"Dia perlu memastikan Hendrawan dan (Datuk) Misbun (Sidek) dapat bekerjasama.
"Anda tidak dapat menolak setiap manusia mempunyai pandangan berbeza.
"Anda perlu berbincang dan memastikan segala-galanya berjalan lancar.
"Mereka perlu melakukannya demi negara," tambahnya.