Sokongan berterusan adalah kata kunci kepada kejayaaan buat seseorang atlet negara.
Tempoh kerjasama tiga tahun itu sebelum ini dinilai menerusi keberkesanan sokongan daripada Allianz sendiri melalui Sukan Paralimpik sebagai modus operandinya.
Sudah pasti ia bukan sahaja melibatkan sokongan dalam bentuk kewangan semata-mata, sebaliknya turut merangkumi keperluan atlet daripada segi penyediaan fasiliti dan insuran.
"Kami mahu memastikan kerjasama hingga Sukan Olimpik Paris terlebih dahulu dan program ini mungkin boleh disambungkan lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz Malaysia Bhd, Sean Wang, dalam Karnival Allianz Moveforward di MSN, Bukit Jalil, semalam.
Allianz juga mahu melahirkan atlet yang mampu melihat skop yang lebih besar dengan mereka mempunyai peluang dan ruang yang terbentang sekalipun tidak lagi bergelar atlet kebangsaan.
"Kami juga ingin mengetengahkan program buat bekas atlet beralih ke bidang lain.
"Program Allianz ini didorong oleh kepercayaan kami berdasarkan peralihan karier profesional seorang atlet.
"Bekas atlet banyak bergantung kepada yayasan seumpamanya jadi saya ingin menyeru syarikat korporat agar tampil ke depan dan bekerjasama dengan KBS (Kementerian Belia dan Sukan), bukan sekadar menyalurkan dana sahaja tapi mengadakan program lebih beerti yang bersifat menyeluruh seperti ini," katanya.