Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bakal menang tanpa bertanding jawatan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 29 April ini selepas pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid, sah menarik diri.
Keputusan tersebut dicapai selepas ahli majlis BAM mengadakan pertemuan dengan penaung persatuan itu, Datin Seri Rosmah Mansor, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kesemua ahli majlis menyokong tindakan Al-Amin untuk memberi laluan kepada Norza.
Sehubungan itu, Rosmah menyuarakan keyakinan terhadap Norza selaku presiden baru BAM bagi penggal 2017-2021.
"Badminton akan terus meningkat dan konsisten. Mulai sekarang, kami akan menerima presiden baru, Insya-Allah, untuk bertanggungjawab ke atas persembahan dan mengekalkan prestasi pemain dalam pelbagai kejohanan," katanya.
Norza -- memegang jawatan timbalan presiden pada ketika ini -- turut merakamkan penghargaan kepada Al-Amin yang memberi laluan di atas semangat kekeluargaan dalam BAM.
Sekalipun mengakui tanggungjawab besar selaku Presiden BAM, Norza sedia menghadapi cabaran dalam meningkatkan tahap badminton negara.
"Bagi saya, ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Beban dan tanggungjawab itu akan saya pikul dan kepercayaan yang diberikan itu saya akan ambil dengan semangat.
"Ia untuk melihat badminton kita pergi ke peringkat tertinggi," katanya.