Skip to main content

Badminton

Piala Total Energies-Lining perkenal konsep badminton 3 lawan 3

piala-total-energies-dan-lining-peringkat-global-badminton_1.jpg
Buat julung kalinya Malaysia bakal menganjurkan Kejohanan Badminton tiga sepasukan iaitu Piala Total Energies dan Lining.

Kejohanan yang kali pertama dianjurkan di luar China itu akan bermula di Kuala Lumpur pada 15 September sebelum ke Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Pemenang dari setiap negeri akan bertanding dalam pusingan akhir di Ibu Kota pada 18 dan 19 November depan.

Kejohanan ini terdiri daripada empat kategori dan juara bakal membawa pulang wang hadiah bernilai lebih RM300,000.

"Ini bukan cara permainan yang tradisional kerana ada banyak cara lagi permainan dalam badminton. 




"Bukan sahaja di Kuala Lumpur tapi di negeri lain. Jadi ia memberi peluang kepada peminat untuk bertanding dan bersukan. 

"Tiga lawan tiga sebenarnya adalah acara kegemaran saya ketika sesi latihan," kata bekas pemain beregu campuran, Goh Liu Ying.
 

Advertisement

Must Watch Video