Bekas perseorangan negara, Datuk Rashid Sidek, mengakui prestasi Lee Zii Jia menunjukkan peningkatan bermula pada aksi peringkat kumpulan menentang Hong Kong sehinggalah ke perlawanan peringkat suku akhir menentang China nanti.
Mengimbau kembali edisi terakhir skuad negara merangkul kejuaraan Piala Thomas 1992, Rashid menyifatkan perbezaan ketara skuad kini dengan barisan yang diturunkan pada masa itu adalah kategori perseorangan lelaki yang dilihat lebih mantap jika mahu dibandingkan dengan pemain perseorangan lelaki yang dipertaruhkan negara ketika ini.
Bagaimanapun, kesungguhan yang ditunjukkan barisan pemain negara ini, dia yakin kem lelaki negara mampu memperagakan aksi terpuji pada kejohanan akan datang bersandarkan prestasi semasa.
"Jika saya lihat permainan Zii Jia dia bermain dengan baik dan agresif dan banyak melakukan serangan.
"Sepanjang kejohanan ini dia lebih positif dan beraksi dengan baik. Dari segi kekuatan pula hanya pada perseorangan pertama sahaja, perseorangan kedua dan ketiga kurang kuat.
"Berbeza dengan tahun 1992 dimana terdapat dua pemain perseorangan yang kuat iaitu saya dan Foo Kok Keong. Sekarang hanya bergantung pada Zii Jia sahaja berbanding dua pemain lagi. Jadi kekuatan tidak seimbang." katanya kepada Astro Arena.
Saufi Tahir
Fri May 03 2024