Skip to main content

Badminton

Perkongsian misteri Lee Zii Jia undang persoalan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lzj.jpg
Apakah bayangan yang cuba diberitahu?

Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia, menimbulkan kerisauan terhadap peminat selepas berkongsi beberapa lakaran gambar di Instagramnya.

Persoalan tersebut terus bermain di minda penyokong sejurus hantaran tersebut dibuat yang meninggalkan hampir 2,300 komen dan 93,000 tanda suka. 

Tidak menolak kemungkinan bahawa situasi terkini sangat memberi kesukaran buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, di mana berada dalam fasa untuk kembali semula ke gelanggang. 

Dia yang bergelut dengan kecederaan sebelum ini, bakal membuat kemunculan semula dalam pentas Terbuka Jepun yang akan berlangsung dua minggu lagi. 

 


Sehingga hari ini, belum ada kenyataan rasmi berhubung hantaran itu oleh Zii Jia. 

Rata-rata pihak sedang mencari jawapan kepada tanda tanya berkenaan keadaan semasa dirinya.

Juara Seluruh England 2021 itu sedang menduduki tangga ke-28 dunia dan kali terakhir dia beraksi adalah Seluruh England, Mac lalu.

Advertisement

Must Watch Video