Skip to main content

Badminton

Penganjuran AJBC giat cari permata baru badminton negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ajbc.jpg
Selain tiada masalah ketandusan pelapis, Malaysia tidak tercicir daripada segi pencarian bakat muda badminton dalam negara. 

Ini susulan saingan pusingan kelapan Kejohanan Badminton Junior Allianz (AJBC) melabuhkan tirainya di Terengganu selepas pusingan sebelum ini diadakan di Johor.

Pemain muda didedahkan dengan persaingan tinggi sekaligus menguji kebolehan menyesuaian diri dengan suhu pertandingan di tahap lebih tinggi.

Aksi final perseorangan lelaki bawah 13 tahun  menyaksikan Vishnu Adittya Murali Desan dari The International School At Park City  kekal tenang untuk meraih kejuaraan ke atas Muhammad Noor Hanafi dengan keputusan straight set.

Kategori wanita, wakil Regent International School Sungai Petani, Tan Jing Er, berjaya membuktikan dirinya lebih layak bergelar juara selepas menewaskan Dayana Farisha Rizuan Sahari dari SMK Ibrahim Iikri dengan keputusan 2-1.

Pemain Sekolah Menengah Sri KDU, Ethan Oh Joon Hui, turut bergelar juara perseorangan bawah 15 tahun selepas menumpaskan Kygros Gan Way Herng dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa.

Manakala pemain SMJK Chong Hwa, Teoh Sue Mei mudah menewaskan Wan Wyaixam dari SMK Kepong Baru 2-0 sekaligus menjuarai aksi final bagi perseorangan wanita bawah 15 tahun.

Bagi beregu lelaki bawah 15 tahun pula, Damien Ling Tang Le dan Ethan Oh Joon Hui-- mereka terpaksa beraksi dalam tiga set sebelum menang dengan keputusan 2-1.

Manakala bagi wanita bawah 15 tahun, Yeoh Sue Mei dan Wan Wyaixam yang tewas dalam saingan sengit set pertama 25-23 kepada gandingan Goh Sze Qi-Lion Jie Ling, turut berjaya melakukan kebangkitan apabila memenangi set kedua dan ketiga sekaligus merampas gelaran juara.

Saingan pusingan sembilan yang akan berlangsung esok bakal menyaksikan pemain muda memeriahkan Pusat Sukan Synergy di Kuantan, Pahang dengan lebih banyak kejutan baru.
 

Advertisement

Must Watch Video