Skip to main content

Hoki

Bekas ketua jurulatih hoki negara dilaporkan hidap masalah kesihatan serius

Sarjit

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menziarahi bekas ketua jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kbangsaan Malaysia (HCTM).

Malah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, turut melawat keadaan terkini Sarjit sebagai tanda sokongan kepada salah seorang tokoh penting yang pernah mencurah bakti kepada sukan hoki negara.

YAKEB mula menerima maklumat mengenai keadaan kesihatan Sarjit Singh ketika dia sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Batu Pahat, Johor.

Sarjit Singh merupakan antara nama besar dalam sejarah hoki Malaysia. Beliau pernah mewakili negara dalam dua temasya Olimpik, iaitu Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992, selain pernah menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan kebangsaan.

Selepas menamatkan karier sebagai pemain, Sarjit meneruskan sumbangan kepada hoki negara sebagai jurulatih dan pernah membimbing pasukan kebangsaan serta generasi baharu pemain hoki Malaysia.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi berkenaan penyakit sebenar Sarjit.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video