Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Penyokong Argentina kuat amal khurafat

asss

Penyokong Argentina percaya dengan meletakkan gambar ketua pasukan England, Harry Kane, di dalam peti sejuk beku boleh membantu prestasi pasukan kebangsaan mereka dalam perhitungan di Stadium Atlanta, awal pagi esok.

Amalan penyokong ini adalah sebahagian daripada tradisi 'cabalas', yakni satu amalan yang mempengaruhi nasib pasukan Amerika Selatan itu dalam sesebuah perlawanan. 

Tatkala Albiceleste mengintai slot perlawanan akhir, penyokong pula berpegang teguh kepada rutin yang dipercayai pernah membantu juara bertahan itu.

Antara ritual yang dilakukan termasuklah enggan menyebut nama lawan, memakai jersi yang sama yang sering tidak dibasuh, duduk di tempat duduk yang sama dan makan makanan yang sama sebelum setiap perlawanan kerana percaya bahawa mengubah apa sahaja boleh menjejaskan peluang pasukan untuk menjulang kejuaraan keempat.

"Saya dan rakan-rakan saya mempunyai ritual tertentu," kata penyokong berusia 13 tahun di Buenos Aires, Ines Mutri.

"Kami menulis nama pemain bintang dan penjaga gol pasukan lawan di sehelai kertas yang sama dan membekukannya di dalam peti sejuk beku.

"Kali ini kita akan membekukan Kane kerana dia penjaring berbisa England," katanya.

Mutri menonton bersama lapan rakannya yang memakai topi yang sama dan duduk di tempat yang sama setiap perlawanan.

"Saya rasa perlawanan menentang England akan menjadi perlawanan yang mendebarkan, seperti perlawanan lain.

 

"Tetapi ia akan menjadi bagus. Ia akan menjadi menyeronokkan," tambahnya.

Di negara di mana bola sepak memberi inspirasi kepada pengabdian yang hampir bersifat keagamaan, bagi peminat ritual sedemikian menawarkan rasa kawalan ke atas keputusan yang akhirnya kekal di luar pengaruh mereka, sebagaimana insiden yang diangkat sebagai jaringan abad ini yang dilakukan Diego Maradona dalam edisi 1986 -- "Hand of God".

Tradisi ini sangat mendalam.

Jurulatih yang memimpin Argentina memenangi gelaran Piala Dunia 1986, Carlos Bilardo, terkenal dengan tahyul yang rumit seperti menentukan susunan mereka ketika melangkah ke padang, sekali gus mengukuhkan lagi tradisi cabalas dalam cerita rakyat bola sepak Argentina.

Malah, ketua jurulatih yang membawa cabaran dalam kempen di Amerika Syarikat (AS), Lionel Scaloni, tidak ketinggalan mendedahkan ritualnya yang tersendiri.

"Saya melangkah ke padang dengan kaki kanan dan berdoa," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video