Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Bintang pasukan ke-16 dunia tahu 'kesan sampingan' kontroversi Donald Trump

Balogun

Penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun, mengakui keputusan menggantung kad merahnya oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas desakan Presiden, Donald Trump, akan memberi 'kesan sampingan'.

Pemain berusia 25 tahun itu diarah meninggalkan padang selepas terpijak pertahanan Bosnia dan Herzegovina dalam kemenangan 2-0 AS pada aksi peringkat kumpulan.

Beberapa hari kemudian, FIFA membuat keputusan kontroversi untuk menangguhkan kad merah Balogun dengan Trump menuntut semakan daripada badan induk itu menerusi Artikel 27 Kod Tatatertib.

Sehingga kini, ia masih menjadi pendebatan hangat oleh peminat seluruh dunia.

"Reaksi awal saya ialah saya gembira dapat kembali ke dalam pasukan.

"Tetapi, jika difikirkan saya tahu ia akan menyebabkan banyak kontroversi.

"Saya melihat sedikit rasa gementar dalam diri saya dan rakan-sepasukan kerana ia adalah sesuatu yang sangat unik.

"Ia sukar, banyak bunyi bising dari luar dan itu sukar untuk dielakkan," katanya.

Tuan rumah tidak berjaya membawa harapan ke peringkat seterusnya apabila tersingkir dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di tangan Belgium.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video