Skip to main content

Bola Sepak

Giliran Indonesia terpalit skandal besar disembunyikan FIFA

PSSI

Lagi pendedahan mengejut dibuat oleh wartawan sukan antarabangsa, Romain Molina.

Selepas pendedahan besar tentang jenayah bola sepak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) melibatkan pelbagai korupsi dan penyelewengan baru-baru ini, Molina memberi bayangan bakal mengupas isu berkaitan Indonesia pula.

Perkongsian di X itu mendapat perhatian global dengan peminat Sang Garuda membanjiri komen ingin mendapatkan kesahihan tentang perkara tersebut.

Persoalan semakin sulit apabila ramai ingin mengetahui apakah pula isu melibatkan wakil Asia Tenggara (ASEAN) itu.

Molina yang konsisten mendedahkan kebanyakan kes dijangka terus membuka pekung sisi gelap bola sepak melibatkan banyak lagi negara.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan daripada FIFA mahupun Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) setakat ini dan orang ramai menantikan perkembangan seterusnya. 
 


 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video