Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: FIFA mungkin lanjutkan rehat separuh masa final lebih dari 15 minit

ccc

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bercadang melanjutkan rehat separuh masa perlawanan akhir Piala Dunia 2026 kepada 20 minit demi memasukkan elemen persembahan muzik di atas sebuah pentas di atas padang Stadium New York New Jersey.

Peneraju kumpulan muzik Coldplay, Chris Martin, telah mengumpulkan barisan bintang untuk persembahan separuh masa final Piala Dunia sambil Shakira, Justin Bieber, BTS, dan Madonna turut akan menyumbang kepada pertunjukan tersebut.

Perlawanan bola sepak lazimnya dengan mengadakan rehat separuh masa yang singkat, iaitu maksimum 15 minit di bawah peraturan rasmi yang ditetapkan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).

Memandangkan perancangan persembahan ketika rehat itu yang begitu rumit yang secara tidak langsung memerlukan tempoh yang lebih lama, lebih-lebih lagi FIFA berhasrat untuk mendirikan sebuah pentas di atas permukaan padang Stadium New York New Jersey demi merealisasikan persembahan tersebut.

Di sebalik badan induk dunia itu pernah mengesahkan persembahan terbabit ditetapkan selama 11 minit, penganjur kejohanan pula harus memastikan pentas yang didirikan di atas padang perlu dibongkar dalam masa kurang daripada sembilan minit.

Dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA Tahun lalu, persembahan separuh masa yang menampilkan Tems, J Balvin dan Doja Cat dilangsungkan kira-kira 24 minit tetapi pentas itu didirikan di tempat duduk penyokong.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video