Penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah antara faktor yang menyumbang kepada cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menangani gejala disiplin luar biasa pemain kebangsaan.
Persoalan mengenai adakah pemain kebangsaan terlibat dengan pelanggaran peraturan tatatertib seperti perjudian atas talian tidak lagi mengejutkan.
Bekas naib juara Kejohanan Remaja Dunia, Datuk Jack Koh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, antara individu yang cukup masak dengan tabiat buruk segelintir pemain itu.
"Perkara ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan kami juga telah membangkitkannya kepada pihak yang berkenaan.
"Cuma, perlaksanaannya terlalu perlahan.
"Saya percaya BAM memiliki Jawatankuasa Disiplin mereka tetapi kita perlu turun padang dan memahami masalah pemain.
"Jika selama ini kita duduk di puncak gunung dan memberikan tali untuk mereka panjat ke atas, mungkin kita perlu mendaki bersama mereka dan menunjukkan jalan yang benar buat mereka," katanya.
Jack turut menegaskan aplikasi di hujung jari memudahkan pemain untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti haram dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Perkembangan itu membawa kepada risiko besar buat pemain, khususnya dalam skuad remaja.
"Terlalu banyak aktiviti tidak sihat melalui telefon bimbit.
"Anda dapat saksikan sekarang, teknologi sudah berkembang maju, telefon pintar sudah berkembang maju.
"Jika mereka menggunakan Youtube untuk mengkaji permainan pemain lain, ia sesuatu yang bagus.
"Jika mereka melakukan sesuatu yang baik untuk mereka, mereka akan berkembang.
"Namun, kebanyakan masa, mereka akan pergi ke haluan yang berbeza seperti aktiviti yang tidak sihat
"Disebabkan itu, mereka tersimpang jauh," tambahnya.
Sementara itu, Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, dalam respons segeranya berkata pihak persatuan itu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
"Saya perlu merujuk kepada Jawatankuasa Undang-Undang dan Disiplin kami untuk melihat apa status perkara-perkara seperti ini.
"Saya fikir ia sebahagian daripada tanggungjawab mereka kerana adakalanya atlet ada masalah disiplin dan sering dipanggil.
"Kami akan keluarkan kenyataan mengenai isu ini.
"Kadang-kadang ia hanya spekulasi," katanya.