Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Pearly Tan-M Thinaah berjuang mati-matian, kalah di tangan beregu nombor satu dunia

thinaah.jpg
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, gagal mengekang asakan gandingan utama China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, dalam perlawanan pertama Kumpulan A Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.

Pasangan negara tetap mempamerkan aksi memukau selepas kerap kali merapatkan jurang mata mata untuk memintas kedudukan namun, pengalaman yang dimiliki oleh ranking nombor satu dunia itu jelas mampu menundukkan cabaran Pearly Tan-M Thinaah di set pertama.
 
Ketika di set kedua, wakil Malaysia berkenaan hampir membutirkan sesuatu apabila berjaya mengikat kedudukan 20-20 tetapi disangkal oleh beregu dari China itu sekali gus menewaskan Pearly Tan-M Thinaah dalam tempoh 53 minit. 

Advertisement

Must Watch Video