Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bawa aura positif, cerahkan prospek pingat pertama negara

chen.jpg
Debut impian buat semua atlet yang membuat penampilan pertama di temasya berprestij Olimpik, pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei patut dijadikan contoh.

Diundi dalam kumpulan D bersama kemenangan kepada beregu Singapura, Terry Hee-Jessica Tan dalam aksi pertama kumpulan, diikuti gandingan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai, langkah kanan sekali lagi menyebelahi pasangan ini apabila bangkit menewaskan beregu campuran pilihan kedua daripada Cina Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Pujian perlu diberikan kepada Tang Jie-Ee Wei juara kumpulan, yang ditinggalkan pada mulanya dalam set pertama namun masih mampu memberikan tentangan sengit dengan keputusan memihak Cina 21-17.

Lain pula ceritanya di set kedua apabila Malaysia Berjaya membaca rentak permainan sekaligus mengawal keadaan terus menghasilkan mata demi mata untuk bawa sinar harapan berentap di pusingan seterusnya dengan set kedua memihak Malaysia.



Satu sama bermakna perlawanan dibawa ke set penentuan dengan Malaysia membawa aura positif untuk untuk terus seal the deal menyaksikan mereka mara ke peringkat suku akhir.

Perkongsian Bersama Shahrazad Sani seusai perlawanan – jelas menunjukkan kegembiraan terpancar pada riak wajah mereka dengan misi seterusnya ingin menyelesaikan satu per satu dengan motivasi dan semangat terbaik yang siapa tahu mungkin bakal menghasilkan pingat dalam penampilan pertama di temasya Olimpik?

Terus bersama Astro Arena untuk laporan komprehensif kontinjen negara di temasya Olimpik Paris 2024!

Advertisement

Must Watch Video