Mesyuarat agung tahunan Persatuan Badminton Malaysia yang berlangsung hari ini telah mengumumkan penubuhan Yayasan Badminton Nasional serta perancangan memantapkan lagi Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.
Menurut Presiden BAM yang baru dipilih itu, Datuk Seri Norza Zakaria menjelaskan antara fungsi Yayasan Badminton Nasional adalah untuk membabitkan bekas pemain dan jurulatih dalam sama-sama membantu BAM.
"Untuk membantu dalam menguruskan dana yang diberikan kepada akademi-akademi sedia ada dan yang bakal ditubuhkan. Yayasan ini akan menjadi tempat untuk memberikan peluang bekas pemain dan bekas pegawai badminton. Selain itu, kami juga akan memberikan biasiswa kepada pemain yang benar-benar memiliki potensi untuk cemerlang," kata Norza.
Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara kini hanya menempatkan pemain elit negara dan BAM kini bercadang menempatkan pemain daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil, selain pembinaan empat lagi akademi di luar Lembah Klang.