Selagi belum menikmati kerjaya berpengaruh seperti Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan, juara dunia dua kali, Kento Momota, belum mahu diangkat sebagai seorang ikon dan legenda.
Dia mencipta rekod unik dalam Kejohanan Dunia hujung minggu lalu menerusi kemenangan dominan ke atas perseorangan meningkat naik Denmark, Anders Antonsen.
Catatan 21-9 dan 21-3 dalam aksi final perseorangan lelaki di Basel, Switzerland merupakan jurang kemenangan paling besar dalam sejarah acara itu sejak pindaan format kiraan mata badminton dalam Kejohanan Dunia bermula dalam edisi Madrid 2006.
Bagaimanapun, Momota menegaskan pengembaraan untuk dia berada setaraf dengan Chong Wei dan Lin Dan hanya baru memasuki peringkat awal.
"Jujurnya saya sama sekali masih belum seperti mereka. Saya masih perlu bekerja keras untuk memperbaiki prestasi sendiri, memiliki pengaruh dan mempunyai penyokong ramai seperti mereka yang meminati badminton kerana saya," katanya.
Momota kini terikat dengan dua pemain China, Yang Yang dan Chen Long, sebagai pemain yang memenangi dua gelaran dunia.
Masih berusia 24 tahun, apakah dia berupaya untuk menyamai rekod lima kejuaraan dunia
milik Lin Dan?
"Saya rasa rekod Lin Dan itu seperti sesuatu yang tidak masuk akal. Belum tentu saya berpeluang untuk beraksi seperti ini dalam Kejohanan Dunia akan datang tetapi saya akan tawarkan apa yang dimiliki dalam apa jua saingan yang disertai."