Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Ng Tze Yong kembali jalani latihan intensif

ng-tze-yong.jpg
Selepas menghadapi deretan kejohanan, perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, kembali memberi tumpuan kepada latihan intensif menjelang penampilan pertamanya dalam Kejohanan Masters Malaysia bermula 5 Julai depan.

Tumpuan pemain ranking ke-48 dunia itu kini terarah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kekuatan hingga terpaksa diketepikan daripada saingan Masters Indonesia 2022.

Tze Yong menjelaskan kelemahan dihadapi itu bermula selepas Terbuka Korea Selatan, April lalu, yang menyaksikannya terkandas di peringkat suku akhir.

"Saya perlu berlatih lebih keras sekarang sebab sudah sebulan tidak berlatih macam ini, jadi ini tempoh terbaik untuk melakukannya. 

"Selepas seminggu balik daripada Korea Selatan, saya telah menyertai kejohanan lain pula. 

"Saya perlu baiki tahap fizikal dan kekuatan. Saya rasa stamina dan kekuatan saya belum cukup. Saya perlu perbaiki masalah ini," katanya sebaik selesai sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.




Pemain berusia 22 tahun itu juga meluahkan perasaan bercampur-baur apabila diselubungi gemuruh dan teruja untuk beraksi kali pertama  dalam kejohanan besar sebagai wakil tuan rumah.

Keputusan mengetepikan Masters Indonesia adalah untuk memastikan Tze Yong kembali cergas dalam misinya memecah kelompok 30 terbaik dunia musim ini.

"Saya tidak pernah bermain kejohanan besar di sini. 

"Saya menjangkakan harapan tinggi daripada peminat tempatan jadi saya perlu cuba berikan yang terbaik," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video