Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berpeluang mencatat kejuaraan kedua berturut-turut dalam tempoh dua minggu apabila beraksi di final Masters Malaysia, petang ini.
Pemain ranking ke-10 dunia itu juga berpeluang menambah wang kemenangan dengan hadiah lumayan yang ditawarkan jika berjaya menjadi juara.
Juara acara perseorangan di Masters Malaysia yang bertaraf Super 500 akan menerima AS$31,500 (RM148,434) manakala naib juara akan menerima AS$15,960 (RM75,206).
Sekiranya berjaya memenangi Masters Malaysia, Zii Jia akan mengumpul AS$63,000 (RM296,868) dalam tempoh dua minggu, setelah meraih AS$31,500 (RM148,434) sebagai juara Terbuka Thailand minggu lalu.
Hadiah wang kemenangan ini penting bagi Zii Jia yang bergerak secara profesional, serta mampu meningkatkan semangatnya menjelang persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
Atlet kelahiran Kedah itu menyifatkan kejayaan melangkah ke final di tanah air sendiri sebagai sesuatu yang amat bermakna dan sudah bersedia sepenuhnya untuk bertarung dengan Axelsen, juara edisi 2018.
"Saya dalam keadaan yang baik. Selagi tiada masalah kecederaan serius, saya akan turun ke gelanggang," kata Zii Jia yang mengalami kekejangan otot selepas menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen, di suku akhir.
"Kejayaan ke final ini sangat bermakna kerana ia di Malaysia. Saya tidak pernah mara ke final di tanah air sebelum ini, jadi saya sudah tidak sabar untuk beraksi di final."
Berdasarkan rekod pertemuan, Axelsen telah menang enam daripada sembilan perlawanan menentang Zii Jia, termasuk kali terakhir di saingan Piala Thomas di Chengdu, China, bulan lalu.